Tuesday, October 12, 2010

7 Kelebihan Syaitan Dibandingkan Dengan Manusia


1. Pantang Mengalah

syaitan tidak akan mengalah dalam keinginannya menggoda manusia. Manusia sering menyerah dan mengeluh

2. Kuat Berusaha

syaitan akan menggunakan cara apapun untuk menggoda manusia,tetapi manusia sering malas,ingin melakukan kerja yang senang saja


3. Yakin

sejak syaitan dijadikan, syaitan tetap yakin pada perkara yang dilakukannya. Tidak pernah mengeluh dan berputus asa,sedangkan manusia sering mengeluh dan berputus asa


4. Semangat Kerjasama

sesama syaitan tidak pernah saling bermusuhan,bahkan mereka saling bekerjsama untuk menggoda manusia. Tapi manusia, jangankan saling bekerjasama,bahkan saling bunuh membunuh,sakit menyakiti,lawan melawan etc..


5. Pintar

syaitan pandai mencari jalan menggoda manusia,manakala manusia langsung tidak kreatif,bahkan banyak idea - idea ditiru..


6. Tanpa Ganjaran

syaitan bekerja 24jam tanpa mengharapkan apa - apa imbuhan, tetapi manusia segalanya harus dibayar..


7. Suka Berkawan

syaitan adalah makhluk yang suka berkawan,berkawan untuk ke neraka, sedangkan manusia terlalu memilih kawan,mementingkan diri sendiri serta ego!!

Saturday, August 14, 2010

Kafir Malaysia Menghina Allah

Assalamualaikum, Apa nak hairan? Orang kafir memang membenci Umat Islam. Telah terbukti selama 1,400 tahun sehingga ke hari ini dan termaktub dalam sejarah. Tak perlu hairan dan takjub. Ia bukan perkara baru. Ada perkara lebih penting yang patut kita fikirkan. Kita berada di dalam keadaan malang. Ramai di kalangan orang Islam yang suka bermaksiat, menerima rasuah, berzina, menghina, merampas harta, menekan, riba, merogol, merompak, menculik, membunuh, menipu, membohong, mungkir janji, memfitnah, mengumpat, zalim, memeras-ugut, minum arak, berjudi, melacur, menagih dadah, berpesta-pesta dan semua jenis perbuatan haram. Dalam pada itu, meninggalkan perintah Allah. Al-Quran di ketepikan celah almari buruk serta membeli pula iPOD untuk menjadi para hafiz segala lagu Omputih dan Melayu terkini. Sudah malang ditimpa tangga apabila para penguasa Umat Islam begitu lemah dan takut pada kafirin serta membiarkan orang Islam bermaksiat merata-rata tempat. Puncanya kita dapat ketua sebegini ialah perangai kita semua yang tidak layak mendapat ketua yang berani dan berakhlak. Salah kita sendiri. Allah sudah berjanji, ketua yang baik untuk masyarakat yang baik. Ketua yang jahat untuk masyarakat yang jahat. Janji Allah tepat. So, jangan nak komplen. Ambil cermin dan tengok diri-sendiri puas-puas. Memperjuangkan Islam ialah dengan memperbaiki iman dan akhlak kita supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya. Ia bermakna di dalam perjuangan, kita perlu belajar bersabar dan tidak menurut nafsu. Oleh itu, orang yang layak memperjuangkan Agama Islam ialah orang yang telah berjihad ke atas nafsu mereka sendiri. Nescaya, tidak berlaku backfire pada masyarakat dan tidak memalukan agama Allah. Kalau setakat melaung-laung marah di tepi-tepi jalan dengan kain rentang, belum tentu mereka ni pejuang agama. Pejuang Agama Allah tidak akan bakar kuil dan tidak akan bakar gereja serta tidak akan berarak dengan kepala lembu. Rasulullah tak pernah suruh ini semua. Pejuang Islam ialah orang yang melatih diri menahan nafsunya kerana takut pada Allah. Jika dia boleh kawal nafsunya, nescaya dia juga boleh kawal senjata di tangan dengan akal yang waras dan sikap yang adil. Dia hanya akan melakukan yang hak dan tidak akan melakukan sesuka hati. Sebaliknya, lagi pemarahlah sifat seseorang Islam itu bagaikan pendekar handalan mengamuk, lagi tidak layaklah dia untuk memegang apajua senjata, walaupun pisau kontot. Dia adalah seorang yang gagal menggunakan akal dan bakal merosakkan nama baik agama Islam yang suci.

Punca Zina

Hasil perlakuan apakah anak-anak ini dibuang? Jika ia hasil hubungan biologi yang diikat dengan si lelaki melafazkan aqad, dengan berwalikan si ayah perempuan, apakah si bayi ini akan terbuang sebegitu rupa.Bayi-bayi ini hasil zina, boleh jadi hasil seks haram secara paksa (rogol), boleh jadi hasil rogol dengan rela (contohnya zina dengan gadis bawah umur, atau dirogol oleh teman lelaki ketika 'dating').Ia hasil zina. Tetapi zina tidak berlaku tiba-tiba. Tiada manusia yang ternampak perempuan di pasaraya, akan mengajak si perempuan itu berzina di pasaraya tersebut.Zina bermula dengan mata, tidak menundukkan pandangan, lalu perasaan ghairah menyelubungi jiwa.Selepas mata memainkan fungsinya, jiwa mula memberontak, salam perkenalan dijalinkan. Maka mulut mula berkata-kata, tanya khabar melalui telefon, sms, emel dan lain-lain.Mula melafazkan kata cinta, rindu yang hanya layak dilafazkan kepada isteri/suami kita.Si ibu bapa boleh jadi mengetahui, melihat si anak bergayut di telefon, sibuk ber 'sms' sambil tersenyum sendirian.Boleh jadi ibu bapa yang lebih terbuka, si anak dara berkongsi cerita, bahawa dia sudah berpunya.Si lelaki datang ke rumah, meminta izin membawa si gadis keluar berjalan-jalan, boleh jadi ke perpustakaan agaknya.Si ibu tersenyum bangga, anak dara ku sudah besar, tidak mengapa, si teruna tadi baik orangnya, jika tidak, masakan dia meminta izin membawa keluar anak daranya.Maka keluarlah mereka berdua, naik motosikal kapcai barangkali, naik bas boleh jadi, kalau kaya sedikit naik kereta.Habis belajar singgah minum di kedai, berjalan-jalan, ke pesta buku katanya. Jalan-jalan, tangan mula berfungsi, mula-mula katanya tak sengaja, lepas tu berulang pula.Si ibu dan bapa tiada rasa terhina, anak daranya bukan buat apa-apa. Hanya ke perpustakaan dengan teruna, bukannya mereka berzina.Ibu bapa merasa bangga lihat keindahan anak daranya, sudah dewasa rupanya si dara itu.Tiada risau, kerana mereka bukan berzina, hanya study bersama sahaja.Lalu pulang si anak dara, muntah-muntah, si ibu merasa hairan. Si anak mula teruja, kenapa haidnya tidak kunjung tiba.Lalu dibawa ke klinik, si doktor berkata, tahniah, si dara puan sudah 2 bulan kandungannya. Rupanya si dara tiada lagi daranya. Bukan hilang daranya kerana terjatuh basikal, atau koyak kerana lasak memanjat pokok rambutan. Hilang daranya dikerjakan si teruna yang si ibu dan bapa sangat percaya. Itulah teruna yang baik di mata mereka.Kecewa si ibu dan bapa. Si dara menconteng arang ke wajah mereka. Bertebaran mencari si teruna untuk melunaskan tanggungjawabnya. Entah si teruna yang baik itu, sedang menunggang motosikal, menjeling anak-anak dara yang lain, dan berjumpa si ibu dan bapa dara yang lain untuk diheret si dara itu ke hulu ke hilir.Wajah si ibu dan bapa terconteng dek arang. Si dara terbuang, sudahlah nasib dikandung badan, kandungan membesar, berat dan sarat, si ibu dan bapa pula kecewa dan hiba. Lalu dihalau si dara. Si ibu dan bapa cuba memadamkan arang yang menconteng wajahnya.Mereka barangkali lupa, merekalah yang memberikan arang kepada si dara untuk diconteng di wajah mereka.