Saturday, August 14, 2010

Kafir Malaysia Menghina Allah

Assalamualaikum, Apa nak hairan? Orang kafir memang membenci Umat Islam. Telah terbukti selama 1,400 tahun sehingga ke hari ini dan termaktub dalam sejarah. Tak perlu hairan dan takjub. Ia bukan perkara baru. Ada perkara lebih penting yang patut kita fikirkan. Kita berada di dalam keadaan malang. Ramai di kalangan orang Islam yang suka bermaksiat, menerima rasuah, berzina, menghina, merampas harta, menekan, riba, merogol, merompak, menculik, membunuh, menipu, membohong, mungkir janji, memfitnah, mengumpat, zalim, memeras-ugut, minum arak, berjudi, melacur, menagih dadah, berpesta-pesta dan semua jenis perbuatan haram. Dalam pada itu, meninggalkan perintah Allah. Al-Quran di ketepikan celah almari buruk serta membeli pula iPOD untuk menjadi para hafiz segala lagu Omputih dan Melayu terkini. Sudah malang ditimpa tangga apabila para penguasa Umat Islam begitu lemah dan takut pada kafirin serta membiarkan orang Islam bermaksiat merata-rata tempat. Puncanya kita dapat ketua sebegini ialah perangai kita semua yang tidak layak mendapat ketua yang berani dan berakhlak. Salah kita sendiri. Allah sudah berjanji, ketua yang baik untuk masyarakat yang baik. Ketua yang jahat untuk masyarakat yang jahat. Janji Allah tepat. So, jangan nak komplen. Ambil cermin dan tengok diri-sendiri puas-puas. Memperjuangkan Islam ialah dengan memperbaiki iman dan akhlak kita supaya selaras dengan kehendak Allah dan RasulNya. Ia bermakna di dalam perjuangan, kita perlu belajar bersabar dan tidak menurut nafsu. Oleh itu, orang yang layak memperjuangkan Agama Islam ialah orang yang telah berjihad ke atas nafsu mereka sendiri. Nescaya, tidak berlaku backfire pada masyarakat dan tidak memalukan agama Allah. Kalau setakat melaung-laung marah di tepi-tepi jalan dengan kain rentang, belum tentu mereka ni pejuang agama. Pejuang Agama Allah tidak akan bakar kuil dan tidak akan bakar gereja serta tidak akan berarak dengan kepala lembu. Rasulullah tak pernah suruh ini semua. Pejuang Islam ialah orang yang melatih diri menahan nafsunya kerana takut pada Allah. Jika dia boleh kawal nafsunya, nescaya dia juga boleh kawal senjata di tangan dengan akal yang waras dan sikap yang adil. Dia hanya akan melakukan yang hak dan tidak akan melakukan sesuka hati. Sebaliknya, lagi pemarahlah sifat seseorang Islam itu bagaikan pendekar handalan mengamuk, lagi tidak layaklah dia untuk memegang apajua senjata, walaupun pisau kontot. Dia adalah seorang yang gagal menggunakan akal dan bakal merosakkan nama baik agama Islam yang suci.

No comments:

Post a Comment